Thursday, March 18, 2010

pengantin Baru Nurul Syafiqa dan Mohd Rusdi...




Kek 2 tingkat tema merah ini tempahan oleh Wedding Planner, Azman dari Bukit Piatu...

Banana Coklat Cake Untuk Ibu Mertuaku...


Kek ini ku buat untuk hari lahir ibu mertuaku yang jatuh pada 10.2 hari tu... Tapi dah lambat baru kesempatan tuk buatkan kek ni. Ape pun semoga emak dipanjang umur.. Rasa terharu dengan kata-kata mak. Kami semua sayangkan MAK...

Selamat Hari Jadi Ahmad, Muhd Fitri dan Adam...



Tempahan oleh regular costumerku, keluarga wawa...

Kek Coklat Moist..





Ini pula tempahan oleh kawan2 suamiku. Kek yang kat atas tu kabarnye nak dibawa ke Perak untu buah tangan keluarga di Perak..

Kek Blueberry....




Tempahan dari kawan-kawan emakku. Staff Hospital Melaka.

Wednesday, March 17, 2010

Ulangtahun Muhammad Taufiq Iqbal...




Kek ditempah oleh Iza dari Bertam. Terima kasih atas tempahan dan komen yang diberikan ye... Lepas ni jagan lupe order lagi ye...

CC untuk Hantaran Aini dan Hafizi...


Tempahan last minute dari Aini dan Hafizi untuk majlis perkahwinannya di Anjung Batu, Merlimau...

Close-up...

Sebenarnya ada cerita antara aku dan aini ni... Tp klu nak diceritakan panjang ceritanya... Majlis perkahwinan dia pada 13.03.2010. Sebenarnya selain dari cc hantaran ni, aini ada order cc untuk door gift sebanyak 1300 pcs. Setelah diconfirm pada pagi Jumaat tu aku telah berjaya menyiapkan cc sebanyak 1300 pcs tu pada pukul 2pagi mlm tu dan terus dideliver pada aini pukul 7 lebih pagi Sabtu. Diringkaskan ceritanya... Ape2 pun terima kasih banyak2 pada aini atas tempahan tu. Semoga aini dan hafizi akan berbahagia ke akhir hayat...

Selamat Hari Lahir Muhd Fathuddin...



Kek Coklat Cream ini ditempah oleh regular costumerku Kak Norizan Taman Merbok... Tq Kak...

Sunday, March 7, 2010

Kek Blueberry


Kek ini ditempah oleh regular costumer ku Abang Odin...


Kali ini abang odin tempah kek ni untuk anak buahnya. Dah byk kali juga abang odin tempah kek blueberry ini. Mungkin dia suka kek ni agaknye...

Ini lah antara kek yang sempat diambil gambarnya.. Lepas ni mungkin lambat ckit nak up date blog ni coz esok nak antar laptop ni ke klinik. Screennye ade problem cikit.

CMC untuk Haifa...



CMC ni ditempah oleh Cikgu dari MGS untuk anakknya. Ini kira tempahan last minute gak. Pagi dalam kul 10 pagi dia call. Mlm dia nak ambil. Tp x pe semuanya bisa di atur... Ape pun terima kasih ye Cikgu..

Amin dan Hawa...


Kek ditempah adikku amin dan gfnya Hawa... Tq...

Selamat Hari Lahir Atuk...


Kek ditempah oleh azma dari Bukit Lintang... Terima kasih azma atas tempahan...

Kek Strawberi...


Kek ni ditempah oleh kawan anakku. Pagi telefon, tgh masa ambil anakku dari sekolah terus hantar pd kwnnya. Disebabkan order last minute so simple je lar...

Monday, March 1, 2010

3 Tier Cake Dengan Fresh Cream...


Tingkat Bawah


Tingkat Kedua

Tingkat atas


Ini dia pengantinnya... Zarina

Sebenarnya kek dengan fresh cream ni aku x cadangkan tuk masjlis potong kek ni. Sebab kek ni mudah cair, lebih2 lagi dalam cuaca yang panas ni. Tp atas permintaan pengantin yang mahukan kelainan so aku pun buat cuma aku pesan kek ni hanya boleh dikeluarkan dari peti ais apabila dah nak potong kek. Tp cabarannya nak bawa kek ni ke Sg Rambai tu. Jauh la gak... Pesan punya pesan kak suamiku agar jgn bawa kete laju2. Takutnya klu jadi ape2 kat kek tu. Sampai je kat Sg Rambai terus aku check kek tu. Alhamdulillah selamat juga kek ni sampai ke Destinasinya. Cuma aku x dapatlah nak tunggu majlis potong kek tuk ambil gambar sebab byk lagi kek yang menunggu kat rumah tu tuk di deliver kan... Ape2 pun Selamat Pengantin Baru tuk Zarina dan pasangannya Azlan. Semoga kekal ke akhir hayat...

Cupcake Untuk Hantaran


CC ni ditempah oleh Linda bagi pihak kakaknya tuk dijadikan hantaran....


Kakak Linda nak tema Egg Yellow..


Sebenarnya ada cite ckit disebalik CC ni. Masa confirmkan ngan Linda, sepatutnya CC ni Linda ambil mlm. Tp Tup... tup Linda call nak amik ptg plak. Kebetulan hari tu ada byk tempahan. So dah setkan masa nak wat CC ni ptg. Tp bila Linda dah call nak amik ptg aku pun kte ok je la sbb Linda nak ambil CC ni dari Sg Rambai. So aku pk sempat la nak siapkan... Balik dari deliver kek terus aje deko kek, masa tu dah kul 5.25 ptg. Janji dengan Linda dia bleh ambil kul 6. Lebih kurang 6.10ptg Linda dah sampai. Kek masih lum siap sepenuhnya. Jadi Linda kene la tunggu lebih kurang 10 minit. So... sorry ye Linda... Esoknya nak hantar 3 tier kek plak ke Sg Rambai tuk majlis potong kek..

Selamat Hari Pertunangan 28.02.2010


Ini dia kek dari pihak lelaki untuk Sida...


Din nak kek tema hijau pekat dan hijau muda... Harap Din puas hati ye...


Din nak kek ni di deko lebih kurang dengan kek yang pernah aku buat untuk Izrul dan Raihanah.. Jadi x payah nak pk2 lagi nak wat camne...


Dah siap masuk kotak...

Happy Birthday Marissa Elisya..



Kek ditempah oleh Kak Aneey dari JB untuk anak buahnya di Ayer Molek, Melaka. Hope kak aneey suka kek barbie dengan Carrot Walnut ni,,

Pertunangan Sida dan Din



Kek ini ditempah oleh Sida dari Solok Gaung tu majlis pertunangannya. Din pun sama2 tempah tp kek Din ada istimewa sikit sebab ada edible image. Din minta dirahsiakan dari Sida. Nak suprise katenya...

Carrot Walnut Cake

Kek Carrot ini ditempah oleh CC RBLTAA bagi pihak kawan suaminya. Klu x silap bln lepas CC ada tempah kek Carrot Walnut dengan topping ganash ni tuk birthday suaminya. Kawan suaminya plak dah berkenan dengan rasanya. Tu yang dia minta CC orderkan tu...



Selamat Hari Lahir Untuk Abah...

Di tempah oleh CC RBLTAA untuk birthday bapa mertuanya


Yang ni plak tuk mkn2 bersama2 anak2nya,..

Kek Pandan Layer


Pandan Layer ini ditempah oleh jiran kampung untuk dibawa ke tadika anaknya di Durian Daun.

Muhamad Rifki 6 tahun...


Ditempah oleh jiranku jugak. Tq ye order kat saya.

Related Posts with Thumbnails