Tuesday, December 29, 2009

Kek Blueberry



Repeat order dari Hajar, Bukit Baru....

Tempahan dari Rumah Budak Laki-Laki, Durian Daun


Kek Carrot Walnut dengan topping cream cheese...


Kate cc nye untuk meja VIP





Coklat Moist dengan saiz 12 x 12. Berat lebih kurang 3.5kg setiap satu...




Kek Blueberry dengan saiz 12 x 15. Berat tidak kurang 3 kg setiap satu..


Dia orang ni ada wat camping... Pastu wat sekali majlis hari lahir untuk anak-anak dan staffnye... Terima kasih kepada pihak Pengurusan atas tempahan semua kek tersebut. Semoga urus niaga ini akan berpanjangan...



Kek Coklat Cream


Tempahan oleh Hajar, Bukit Baru


Kek ini untuk 2 tingkat. Kek yang ini untuk tingkat atas...

Monday, December 28, 2009

Kek Untuk Door Gift...



Minggu ni memang padat dengan tempahan untuk door gift.... Ini antara yang sempat diambil gambarnya...

Kek Blueberry


Kek ditempah oleh Kak Nor, Melaka Perdana...


Ditempah kawan adik iparku... Tp x ingat namanye...
Tengok 2 kek ni same je design diakan... Ni kes dah byak sgt tempahan... Malas nak pk2 lagi. So same je lah....

Kek Coklat Moist...


Kek ditempah oleh Faezah dari Kampungku Sayang untuk anak2nya.

Kek Blueberry dan Kek Coklat Moist...



Kek Blueberry ni ni ditempah oleh ibu kepada Wawa, costumer aku yang baru melansungkan perkahwinan beberape minggu yang lepas. Katenya kek ini nak dihadiahkan kepada anak buahnya yang melangsungkan pertunangannya kat Paya Dalam.


Kek Coklat Moist ni plak ditempah oleh Linda, kawan adik ipar aku untuk pertunangan adiknya. Kek ni akan dibawa ke Bahau, Negeri Sembilan.

Tema Purple....


Kek tingkat atas...


Kek tingkat bawah...


Lepas siap setting meja...


Tempahan dari Faezah Kampungku Sayang, Bukit Baru, untuk adiknya Surya dan pasangannya Azman... Lepas seminggu majlis perkahwinannya berlalu, Azman suami Surya ni telefon plak berminat nak buat business kek ni ngan aku... Alhamdulillah.... Semoga perniagaan ini semakin berkembang...


Kek Tema Kuning Lagi...


Kek di tempah oleh Nadia dari Tanjung Batu untuk majlis perkahwinan adiknya. Sekali untuk anniversarynya...

Kek Coklat Moist dengan hiasan bunga gumpaste atas permintaan Nadia.

Wednesday, December 16, 2009

Kek Coklat Moist dengan Edible Image

Kek ini kubuatkan khas untuk anakku Danial Soufiaiman sempena hari lahirnya yang ke 7. Edible Image ini ditempah atas permintaan Danial yang mahukan gambarnya sedang berlawan dengan kartun kegemarannya Ben 10 dan Goku... macam-macam budak-budak sekarang ni. Apa-apa pun semoga Danial akan membesar sebagai budak yang baik.

Kek Hantaran Tema Pink...

Di tempah oleh Diyana dan ibunya Pn Noraini. Diyana ni kerja kat Putrajaya. Majlis pertunangan dibuat dirumah ibunya di Sg Udang, Melaka.

Selepas dimasukkan ke dalam kotak.

Diyana juga menempah set cupcakes untuk di buat hantaran. Terima kasih Diyana kerana tempah kek kat akak ye.

Kek Hantaran Kuning dan Hijau

Kek Coklat Moist dengan topping buttercream. Kek ni ditempah oleh Diyana untuk hantaran dari pihak lelaki. Tapi masa hantar kek ni terus hantar kat Farid. Klu hantar kat Diyana nanti x suprise plak kan...

Kek yang telah siap dimasukkan dalam kotak.

Monday, December 14, 2009

Kek Lapis Asam Manis

Sebelum di packing...

Setelah di packing

Harga RM 35.00

Kek Coklat


Ditempah oleh Mak Cik Enon, klinik mesra Hospital Melaka.

Kek Coklat Cream oleh staff JKR...

Minggu Kek Coklat Moist...


Minggu ni byk tempahn Kek Coklat Moist. Ini antara Kek Coklat yang sempat di upload. Tak tahu le kenapa mlm ni laptop ni lambat sangat meng upload gambar. Sampai nak terlelap dibuatnya...

Kek ditempah oleh Nurul dari Tanjung Minyak..

X pasti nama yang tempah kek ini. Kalau x silap Linda namanya..

Repeat order dari Dr Zarina, hospital Melaka.

Close up ckit....

Jalan-jalan gi main air...


Ini dia anak-anakku. Seronok main air... Semua dah complain cuti sekolah tak g jalan-jalan. Maklumlah mamanye slalu sibuk. Ni pun curi-curi masa nak g. Sebelum g pun masih nak anta kek lagi. Dah rezeki kan....

Si kecik ni la yang paling seronok.

Maaf la anak-anak mama, x dpt nak g makan angin jauh-jauh. Masa x mengizinkan... Cuma dapat g water world je... Lain kali la kita g jauh-jauh sikit.

Thursday, December 10, 2009

Kek Coklat Moist


Ditempah oleh Kak Nora, birasku untuk anaknya Fiqah... Tq Kak Nora...

Kek Tema Kuning....


Kek ni kek untuk hantaran.. Ditempah oleh Wawa untuk majlis perkahwinannya.

Kek ni untuk majlis potong kek. Kek ni ditopping dengan fresh cream. Sebenarnya untuk majlis mcm ni biasanya tak bleh guna fresh cream tp disebabkan rumah wawa ni, x jauh sgt dari rumahku jd aku hantar hampir2 waktu nak potong kek. Bkn ape kek dengan fresh cream ni x bleh lama kat cuaca panas tp rasanye memang la lebih sedap...




Ini lah pengantinnya Wawa dan pasangannya Hasrol. Dengarnya Hasrol ni org Perak. Jauh tu... Semoga berkekalan ke akhir hayat.... Terima kasih byk2 kat wawa kerana order kat akak.

Related Posts with Thumbnails