Saturday, October 31, 2009

Kek Blueberry


Kek Blueberry ini untuk Pengetua dan staff Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz

Kek Coklat....


Kek ini ditempah oleh Cikgu Zainah.... dari Taman Cempaka. Dia ni isteri kepada ADUN Rim YB Yazid... Terima kasih kak kerana order lagi kek pada saya. Cikgu Zainah ni regular costumer saya.

Antara Roti Yang Ada...

Roti Kacang Merah
RM1.20

Mini Pizza
RM1.50

Roti Hotdog
RM1.50

Roti Cheese
RM1.20

Selain dari roti-roti kat atas ini, ada pelbagai jenis lagi roti yang lain. Kami akan up date lagi dimasa akan datang.


Roti.....



Selain daripada kek, Az'Ckin Cake n Bakery ada juga membekalkan pelbagai jenis roti. Ini antara roti-roti yang dibekalkan. Roti ini menunggu proses 'packing'. Kami membekalkan ke cafe-cafe, kantin-kantin, asrama dan lain-lain lagi. Kami juga menerima tempahan dari individu.

Sunday, October 25, 2009

Syukur Alhamdulillah.....

Syukur kepada Allah kerana akhirnya aku dapat juga memiliki blog sendiri. Terima kasih yang tak terhingga kepada suamiku yang tercinta Noor Azman Ali kerana banyak membantu dalam merelisasikan impian aku ini.
Terima kasih juga kepada semua yang banyak memberi sokongan terutamanya mak dan semua keluargaku dan keluarga suamiku. Mereke ini semua lah tunggak kekuatan aku.
Kepada semua pelanggan-pelangganku juga aku ucapkan terima kasih atas tempahan kek anda...
Harap lepas ini akan tempah kek lagi ye....

Kek Harijadi untuk Anakku.... Aleeyah Farahin...


Ini dia anakbongsuku (buat masa ini la.....). Sebenarnya majlis hari lahirnya yang ke 5 ini disambut pada bulan Mei yang lepas. Disambut di sekolahnya bersama rakan-rakanya di Prasekolah IPPM Durian Daun.


Ini sebahagian dari rakan-rakannya. Sepupunya Nabila pun ada sama satu kelas dengannya yang baju pink tu...

Kek Blueberry



Kek ini ditempah oleh Staff JKR Jalan Mata Kucing untuk ibunya...
Related Posts with Thumbnails