Saturday, October 31, 2009

Kek Blueberry


Kek Blueberry ini untuk Pengetua dan staff Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz

Kek Coklat....


Kek ini ditempah oleh Cikgu Zainah.... dari Taman Cempaka. Dia ni isteri kepada ADUN Rim YB Yazid... Terima kasih kak kerana order lagi kek pada saya. Cikgu Zainah ni regular costumer saya.

Antara Roti Yang Ada...

Roti Kacang Merah
RM1.20

Mini Pizza
RM1.50

Roti Hotdog
RM1.50

Roti Cheese
RM1.20

Selain dari roti-roti kat atas ini, ada pelbagai jenis lagi roti yang lain. Kami akan up date lagi dimasa akan datang.


Roti.....



Selain daripada kek, Az'Ckin Cake n Bakery ada juga membekalkan pelbagai jenis roti. Ini antara roti-roti yang dibekalkan. Roti ini menunggu proses 'packing'. Kami membekalkan ke cafe-cafe, kantin-kantin, asrama dan lain-lain lagi. Kami juga menerima tempahan dari individu.

Sunday, October 25, 2009

Syukur Alhamdulillah.....

Syukur kepada Allah kerana akhirnya aku dapat juga memiliki blog sendiri. Terima kasih yang tak terhingga kepada suamiku yang tercinta Noor Azman Ali kerana banyak membantu dalam merelisasikan impian aku ini.
Terima kasih juga kepada semua yang banyak memberi sokongan terutamanya mak dan semua keluargaku dan keluarga suamiku. Mereke ini semua lah tunggak kekuatan aku.
Kepada semua pelanggan-pelangganku juga aku ucapkan terima kasih atas tempahan kek anda...
Harap lepas ini akan tempah kek lagi ye....

Kek Harijadi untuk Anakku.... Aleeyah Farahin...


Ini dia anakbongsuku (buat masa ini la.....). Sebenarnya majlis hari lahirnya yang ke 5 ini disambut pada bulan Mei yang lepas. Disambut di sekolahnya bersama rakan-rakanya di Prasekolah IPPM Durian Daun.


Ini sebahagian dari rakan-rakannya. Sepupunya Nabila pun ada sama satu kelas dengannya yang baju pink tu...

Kek Blueberry



Kek ini ditempah oleh Staff JKR Jalan Mata Kucing untuk ibunya...

Kek Untuk Majlis Perkahwinan Anak Kepada Pemilik Wisma Selamat Zaini di Semabok


Kek untuk majlis potong kek...


Cupcakes yang telah siap dihias...

Cupcakes untuk hantaran...

Kek Coffee


Kek ditempah oleh sepupu suamiku... Shikin untuk majlis khatam al-quran anak buahnya dan merangkap majlis sambutan hari raya kakaknya Tini di Masjid Tanah

Kek Untuk Majlis Hari Lahir dan Jamuan Hari Raya


Kek ini pula ditempah oleh PPM dari Sekolah Pendidikan Khas Semabok.

Kek Blueberry


Kek Blueberry ini ditempah oleh Pn Rohana MGS2 untuk majlis bersara sahabatnye...

Kek Coklat


Kek untuk majlis hari lahir anak saudaraku Nabila dan Najwa.... Ditempah oleh adik iparku Azlina

Kek Coklat



Kek ditempah oleh Ustazah Norizah untuk anaknya Hafiz Shafie

Kek Perkahwinan


Kek ditempah oleh Pn Liza untuk majlis perkahwinan adiknya Ana...

Cupcakes dan Kek Blueberry

Kek Bluberry ini di tempah oleh Cikgu Fairuz dari Ujung pasir untuk anaknya dan juga anak buahnya...



Cupcakes ini pun di order oleh Cikgu Fairuz....

Kek Coklat Blueberry

Kek ini ditempah oleh Cikgu Intan dari Klebang untuk anaknye.....

Kek Black Forest

Harga 8" RM35.00
10" RM55.00

Kek ditempah oleh Ain, student UTM Skudai dan adik-adiknya untuk majlis hari lahir ibunye... Terima kasih ye Ain.... Akak akan ingat slalu kat ain...

Kek Untuk Jamuan Rela Bukit Palah

Kek ini ditempah oleh Sarjan Nordin untuk jamuan Hari Raya Rela Platun 23 Bukit Palah. Kek dipotong oleh YB Datuk Md Sirat bin Abu, Ahli Parlimen Bukit Katil dan diiring oleh Pengarah Rela Negeri Melaka Pn Arfah, Datuk Hj Hamzah Bajuri, Setiausaha Kerja UMNO Negeri Melaka dan Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri Melaka En Mozaimi Mohamad.

Kek Blueberry

\
Kek Blueberry ni ditempah oleh En Zulkifli dan isterinya Mas untuk majlis harijadi anak-anaknya yang jatuh pada bulan Ogos, September dan Oktober. Buat sekali untuk ketiga-tiga anaknya sambil tu mereka buat sekali open house masa bulan syawal hari tu...


Related Posts with Thumbnails